cara kutip yuran sekolah rendah herepay

Cara Kutip Yuran Sekolah Rendah Secara Online (Panduan)

Sebaik sahaja menghampiri permulaan sesi persekolahan, para guru dan ibu bapa sangat sibuk dengan urusan pembayaran yuran sekolah rendah anak mereka.

Bukanlah jumlah yang dikenakan menjadi keluhan, namun aspek pengurusan kutipan dan proses melaksanakannya.

Sehinggakan ada sekolah yang melaksanakan sesi orientasi untuk 2 peringkat ─ 1 peringkat untuk kutipan yuran sekolah dan satu lagi untuk kutipan PIBG.

Teruskan pembacaan untuk mengetahui cara untuk kutip yuran murid secara online.

pelajar sekolah rendah

Apa Itu Yuran Sekolah Rendah?

Yuran sekolah rendah adalah yuran yang dikenakan kepada ibu bapa oleh pihak sekolah bagi menampung kos operasi, pendaftaran, baik pulih sekolah dan juga kebajikan dan kebersihan.

Bergantung kepada operasi sekolah, ada yuran yang dikenakan secara one-off, setiap tahun bahkan ada juga yuran untuk setiap bulan.

Perbezaan Yuran Sekolah Dan Sumbangan PIBG

Yuran Sekolah Rendah

Dikutip semasa pendaftaran anak. Bagi sekolah kebangsaan, yuran pelajar sekolah rendah hanya dikutip sekali sahaja. Namun berbeza buat sekolah-sekolah rendah swasta yang mana kutipan akan dilakukan setiap tahun.

Sumbangan PIBG

Nilai ditetapkan oleh persatuan sekolah masing-masing, rata-rata bernilai RM50. Sumbangan PIBG ini merangkumi keseluruhan sekolah bagi memberikan keselesaan kepada murid-murid.

Kebiasaannya tabung PIBG akan digunakan untuk hari kecemerlangan, hari sukan, baik pulih kelas, tandas, penceramah dan sebagainya.

Walaupun tidak wajib buat ibu bapa memberi sumbangan, namun sumbangan itu juga memberi keselesaan pembelajaran dan pengalaman anak-anak di sekolah kelak.

ibu bapa bayar yuran sekolah rendah

Masalah Dalam Kutipan Yuran Sekolah Rendah

1. Cara Kutipan Manual (Tunai)

Para guru terpaksa memegang duit tunai yang banyak setiap kali tiba masa untuk mengutip yuran. Diakhir kutipan, guru terpaksa mengira semua jumlah yang diterima dan disemak silang dengan resit yang dikeluarkan.

2. Guru Perlu Semak Yuran Tertunggak

Sebarang bayaran tertunggak, para guru terpaksa menyemak lama dalam rekod mereka sebelum dimasukkan ke dalam invois yuran.

3. Guru Perlu Maklum Ibu Bapa Yang Belum Bayar

Guru terpaksa menyemak secara manual sebelum membuat follow up dengan ibu bapa yang masih belum membayar yuran. Akan timbul situasi yang janggal di antara guru dan ibu bapa

4. Perlu Tulis Resit Manual

Pihak sekolah tidak terlepas daripada sentiasa mengeluarkan invois dan resit bertulis. Kerja manual seperti ini sangat melecehkan dan kadangkala memerlukan  tenaga 3 orang guru untuk pendaftaran sebuah kelas.

Solusi Untuk Kutipan Yuran Sekolah Rendah

Guna Sistem Kutipan Yuran : Herepay

Herepay adalah sistem kutipan yuran dan derma yang mudah namun berkesan mengurangkan tugas guru dalam menguruskan perihal yuran kelas.

Secara tidak langsung, para guru dapat lebih fokus dan produktif dalam merancang pada awal tahun dan melaksanakan tugas mengajar dan mendidik murid-murid.

Cara Kutip Yuran Sekolah Rendah Secara Online

  1. Daftar Herepay
  2. Isi Maklumat Organisasi
  3. Bina Borang Bayaran Online
  4. Kongsi Link Untuk Bayaran Yuran

 

cara setup herepay

 

Fungsi Herepay Untuk Kutip Yuran Sekolah Rendah

1. Borang Bayaran Online

Pembayar dapat melunaskan yuran atau memberi dana bila-bila masa dengan bantuan online.

2. Laporan Kewangan

Yuran yang diterima terus direkod dalam sistem Herepay dan laporan kutipan mudah dijana dan dieksport keluar.

3. Analisis Kutipan Real-Time

Setiap yuran dan sumbangan yang berjaya dikutip akan dikemas kini secara terus di dalam sistem Herepay. Para guru atau admin boleh mendapatkan analisa terus dari sudut pelaksanaan dan keberkesanan kempen sumbangan.

4. Auto Invois

Auto-invois ini boleh ditetapkan berdasarkan tarikh yang dikehendaki atau tempoh berkala.

5. Bayaran Berulang (Recurring Payment)

Pembayaran berulang seperti yuran dipendekkan proses dengan hanya menggunakan link yang sama.

6. Payment Gateway dari 17 Bank

Herepay menawarkan gerbang pembayaran yang cepat dan selamat seperti Billplz, FPX dan Stripe.

payment gateway sistem kutipan yuran

 

7. Bar Kod QR Daftar Herepay Di Sini

Selain boleh berkongsi link bayaran kepada ibu bapa, para guru juga boleh mencetak Kod QR pada pamphet atau surat hebahan kepada ibu pada semasa memohon sumbangan.

Daftar Herepay Di Sini

Herepay menawarkan solusi buat para guru dan admin kewangan yang bijak mahu menguruskan rekod transaksi tanpa kekeliruan.

Selain mudah untuk setup, masa dan tenaga juga terjimat dengan resit automatik yang dikeluarkan oleh Herepay.

Klik gambar di bawah dan mula menggunakan Herepay untuk mengutip yuran sekolah secara online.

Post navigation

4 Salah Faham Umum Tentang Sistem Kutipan Yuran (Terkini)

3 Punca Ibu Bapa Bayar Yuran PIBG Lewat

14 Masalah Kutipan Yuran PIBG Dihadapi Guru Di Malaysia

Kenapa Sekolah Susah Capai Sasaran Kutipan Yuran?