masalah kutipan yuran pibg

14 Masalah Kutipan Yuran PIBG Dihadapi Guru Di Malaysia

Masalah dalam kutipan yuran PIBG bukanlah masalah baru yang tiba-tiba melanda dunia pentadbiran sekolah.

Masalah ini sebenarnya telah wujud begitu lama. Sebagai anak kepada golongan pendidik, penulis masih ingat betapa tertekan ibu penulis berhadapan dengan kesukaran mengutip yuran yang dijalankan secara manual.

Mangsanya? Susah tentu golongan pendidik yakni guru.

Kosmo pada 14 Jun 2023 yang lalu melaporan bahawa bebanan kerja dan tak mahir menggunakan komputer punca ramai guru bersara awal.

suasana bilik darjah sekolah rendah

Bahkan, ada juga dakwaan mengatakan beban kerja bukan PdP adalah punca utama ramai guru bersara awal.

Antara bebanan kerja yang menyebabkan ramai guru stress sudah tentu mengutip yuran PIBG.

“Macam nak mati saya urus yuran sekolah seorang diri dengan cara manual dan follow-up ibu bapa guna WhatsApp.”

Malangnya, setakat hari ini tidak semua sekolah menggunakan sistem yang holistik dan efisien yang mampu melajukan proses kutipan yuran PIBG.

Yang secara tidak langsung, menaikkan produktiviti guru supaya mereka boleh fokus kepada pengajaran dengan lebih baik dan kondusif.

Baca : Kenapa Sekolah Susah Capai Sasaran Kutipan Yuran?

Kaji Selidik Masalah Kutipan Yuran PIBG

Untuk info pada Julai 2023 yang lalu, Herepay telah adakan satu kaji selidik yang konstruktif untuk melihat kompilasi masalah sebenar dihadapi guru dalam kutipan yuran PIBG  di Malaysia.

Seramai 93 orang peserta dari 14 negeri di Malaysia merangkumi guru, bendahari PIBG dan YDP PIBG telah hadir.

webinar herepay sistem kutipan yuran pibg

Ini termasuk golongan pendidik yang mengajar di :

  • Sekolah swasta
  • Tahfiz dan madrasah
  • Sekolah harian kerajaan

Fokus utama kajian adalah untuk kenal pasti apakah masalah sebenar yang dihadapi golongan pendidik di Malaysia dalam kutipan yuran PIBG.

14 Masalah Dihadapi Guru Dalam Kutipan Yuran PIBG

Berikut merupakan kompilasi masalah dihadapi guru dalam kutipan yuran PIBG di Malaysia :

  1. Luang masa lama semak kutipan
  2. Masih lagi tulis resit yuran pada ibu bapa
  3. Kena ready ‘duit kecil’ bila kutip yuran PIBG
  4. Bendahari kena kumpul cash & bank in duit
  5. Kutipan yuran slow & parents tak bagi kerjasama
  6. Perlu masa lama untuk kutipan PIBG diselesaikan
  7. Penat ingatkan murid untuk ibu bapa bayar yuran
  8. Ambil masa semak detail pembayar (tak ada detail)
  9. Sukar nak capai target kutipan dalam masa 30 hari
  10. Penat bagi peringatan berulang-ulang pada parents
  11. Proses kutip yuran sampai ganggu proses mengajar
  12. Tak boleh tahu jumlah kutipan terkini dalam ‘real-time’
  13. Susah nak track parents yang belum bayar sebab tak ada sistem
  14. Susah semak bayaran yuran murid yang ada adik beradik satu sekolah

guru sedang mengajar

Selepas meneliti semua jawapan kepada masalah yang dinyatakan oleh golongan pendidik dalam kaji selidik ini, kami di Herepay merumuskan bahawa majoriti guru di Malaysia tanpa dapat disangkal menghadapi masalah produktiviti yang serius.

Kaji selidik ini bahkan menguatkan lagi visi asal penubuhan Herepay pada tahun 2021.

Herepay yang dibangunkan golongan pendidik dan anak pendidik fokus untuk lajukan proses kutipan yuran dan naikkan jumlah kutipan yuran.

Baca : Herepay – Sistem Kutipan Yuran Untuk Sekolah (Edisi 2023)

Ketahuilah, 9 dari 10 masalah di atas boleh diselesaikan dengan sistem kutipan yuran yang betul.

Dengan sistem kutipan yuran yang betul, guru tidak perlu lagi luangkan masa yang lama untuk urus yuran PIBG.

Masa guru-guru yang terhad sebenarnya patut dimanfaatkan untuk fokus dalam pengajaran dan memandaikan anak bangsa.

Setakat artikel ini ditulis, lebih dari 300 sekolah di Malaysia telah menggunakan Herepay.

Majoriti PBIG dan Muafakat yang menggunakan Herepay berjaya capai sasaran kutipan yuran di antara 7 hari – 30 hari.

Beri peluang dan ruang untuk anda cuba Herepay secara percuma. Tanpa kos setup dan kos langganan bulanan.

Cuba Herepay hari ini secara PERCUMA dengan klik imej di bawah.

daftar herepay

Post navigation

4 Salah Faham Umum Tentang Sistem Kutipan Yuran (Terkini)

3 Punca Ibu Bapa Bayar Yuran PIBG Lewat

Kenapa Sekolah Susah Capai Sasaran Kutipan Yuran?

3 Contoh Surat Kutipan Yuran PIBG (PERCUMA)