sekolah susah capai sasaran kutipan yuran

Kenapa Sekolah Susah Capai Sasaran Kutipan Yuran?

Sekitar tahun 2018 dan tahun 2019, tular isu “yuran PIBG tidak wajib” dan menyebabkan banyak golongan khususnya guru dan ibu bapa bertikam lidah menerusi hantaran di sosial media berkenaan kutipan yuran.

“Tahukah anda, Kerajaan membelanjakan RM8,900 untuk seorang murid setahun dan jumlah itu merangkumi pelbagai perkara dalam memastikan pendidikan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.”

Tiada pihak yang betul dan salah dalam soal ini. Apa yang pasti, sekolah perlukan dana untuk buat program, aktiviti dan baik pulih infrastruktur sekolah setiap bulan.

yuran pibg tidak wajib

Jika tidak, masakan ada kelab dan panitia hanya menerima peruntukan RM500 setahun untuk jalankan program / aktiviti bagi murid darjah 1 – darjah 6?

Yang lebih mengecewakan adalah, cara kutipan yang diguna pakai lebih 10 tahun dulu masih lagi diguna pakai hari ini.

Selepas diselidik, terdapat 3 isu besar yang masih belum berjaya diselesaikan majoriti PIBG di Malaysia.

Baca : Herepay – Sistem Kutipan Yuran Untuk Sekolah (Edisi 2023)

Dan disebabkan itulah, penggunaan software sahaja tidak memadai. Ada perubahan dari tiga spektrum berbeza perlu diubah supaya menjadi sinergi dalam perubahan holistik kutipan yuran.

Cara Kutipan Yuran & Dana Yang Tidak Efisien

guru sedang mengajar

Untuk info, guru dan pengurusan PIBG sebenarnya menghadapi cabaran dengan cara kutipan yuran dan dana yang tidak efisien ekoran proses kutipan yang memerlukan tenaga kerja manual yang banyak.

Proses manual ini merangkumi :

  • Mengutip yuran dan dana
  • Menulis resit kepada ibu bapa/waris
  • Mengendalikan invois secara manual
  • Menyemak tunggakan yuran dan dana
  • Membuat laporan kutipan yuran dan dana
  • Beri peringatan tunggakan yuran pada ibu bapa/waris

Semua proses ini terdedah kepada kesilapan manusia dan mengambil lebih banyak masa untuk diperbetulkan ekoran dokumentasi dan cara perlaksanaannya yang leceh dan renyah.

8 dari 10 guru berdepan stress melampau dalam pengurusan yuran PIBG kerana cara kutipan yang tidak efisien dan menyebabkan produktiviti mereka dalam pengajaran terganggu.

Tiada Mekanisma Kutipan Yang Sistematik

Majoriti sekolah kerajaan harian, sekolah swasta, tahfiz dan madrasah menggunakan kaedah pengumpulan yuran dan dana yang tradisional.

Malangnya, pendekatan kuno ini tidak mempunyai pendekatan yang sistematik untuk meningkatkan kutipan institusi dengan lebih efektif.

Kesannya, sekolah senantiasa berdepan dengan masalah kekurangan wang dan ini mengehadkan keupayaan mereka untuk menjalankan pelbagai program dan aktiviti dengan lancar kepada murid dan pelajar.

Idea untuk meningkatkan sasaran jumlah kutipan yuran dan dana sememangnya tidak popular kerana tiada guru dan admin yang ingin tambah kerja yang stress.

Tiada Analisis ‘Real-Time’ Untuk Buat Keputusan

Dalam membuat keputusan yang kritikal untuk jangka panjang, guru dan pentadbir sekolah perlu memiliki data dan informasi yang tepat dan mencukupi untuk buat apa sahaja keputusan.

Majoriti guru dan pentadbir sekolah bergelut dengan kekurangan data dan informasi untuk membuat analisis secara ‘real-time’ untuk kutipan yuran dan dana mereka.

Proses manual yang diguna pakai untuk proses kutipan yuran dan dana hanya memburukkan lagi aktiviti menjana laporan yang tepat.

Bahkan, laporan yang dijana secara manual itu juga berisiko mempunyai data dan informasi yang salah kerana wujud kesilapan manusia dalam proses merekod kutipan yuran yang dilakukan secara manual.

Kekurangan akses kepada data ‘real-time’ menyebabkan sekolah tidak dapat melihat gambaran sebenar kutipan yuran secara lebih holistik.

Solusi Agar Sekolah Susah Capai Sasaran Kutipan Yuran

suasana bilik darjah

Suka atau tidak, sekolah perlu ubah sistem kutipan yuran dengan menggunakan teknologi terkini agar sekolah mampu capai sasaran kutipan yuran dan produktiviti guru meningkat.

Berikut adalah solusi untuk selesaikan masalah ini :

  1. Kutip Yuran 100% Online
  2. Sistem Kutipan Yuran Yang Sistematik
  3. Dashboard Prestasi & Trend Kutipan Yuran

“Tahukah anda, beban tugas bukan PdP menyebabkan ramai guru di Malaysia ingin bersara awal.”

Baca : Teknik Kutip Bayaran Yuran 3X Lebih Tinggi (Berserta Contoh)

Pada tahun 2021, Herepay telah dibangunkan oleh pendidik dan anak pendidik yang empati dengan cabaran yang dihadapi golongan pendidik seperti anda.

Produktiviti guru yang menggunakan Herepay dalam masa 30 hari meningkat 3X ganda kerana mereka tidak lagi perlu menguruskan yuran secara manual yang leceh dan renyah.

kajian kes herepay mrsm gerik

8 dari 10 PIBG yang menggunakan Herepay, berjaya capai sasaran kutipan mereka seawal 7 hari – 30 hari. Berbeza dengan teknik konvensional yang memerlukan 90 hari – 120 hari.

Baca : Cara Kutip Yuran Sekolah Rendah Secara Online (Panduan)

Setup Herepay anda hari ini. Kurangkan tugas guru dan naikkan kutipan yuran & dana anda.

daftar herepay

Post navigation

4 Salah Faham Umum Tentang Sistem Kutipan Yuran (Terkini)

3 Punca Ibu Bapa Bayar Yuran PIBG Lewat

14 Masalah Kutipan Yuran PIBG Dihadapi Guru Di Malaysia

3 Contoh Surat Kutipan Yuran PIBG (PERCUMA)