sumbangan sistem kutipan yuran herepay

Ini Cara Sekolah Terima Sumbangan Extra Dari Ibu Bapa

Sepanjang 10 tahun ke belakang, sumbangan dan peruntukan untuk pendidikan seperti yang kita sedia maklum telah dikurangkan sedikit demi sedikit.

Kesan akhirnya, sudah tentu murid dan pelajar sekolah. Pengurusan sekolah sudah pasti gelisah dan buntu ekoran ketidakcukupan peruntukan dan dana untuk laksanakan program dan aktiviti pembangunan insaniah pelajar.

” Dalam Belanjawan 2017, peruntukan pendidikan tinggi dikurangkan sebanyak RM 8.38 bilion untuk tahun 2016 dan 2017 berbanding tahun 2015.”

 

menteri pendidikan

Di Herepay, kami sedia maklum dengan masalah ini memandangkan Herepay dibangunkan oleh golongan pendidik dan juga anak golongan pendidik yang empati dengan cabaran dihadapi guru.

Disebabkan itulah, kami wujudkan fungsi “Add-On Donation” seawal tahun 2021. Fungsi ini membolehkan ibu bapa/waris atau penyumbang untuk beri tips tambahan kepada sekolah atau organisasi.

Baca : 3 Teknik Untuk PIBG Urus Yuran Maksimum 2 Jam Sehari (Terkini)

Malangnya, banyak pengurusan dan pentadbir sekolah yang salah faham dan menganggap fungsi “Add-On Donation” itu merugikan sekolah!

Hakikatnya, fungsi ini telah terbukti membantu lebih 200+ sekolah & organisasi di seluruh Malaysia untuk terima minimum 10% dana tambahan dari kutipan sedia ada.

pelajar sekolah rendah

Dalam artikel ini, kami akan tunjukkan kepada anda, faedah dan manfaat bilamana sekolah menggunakan sebaik mungkin fungsi “Add-On Donation” ini dalam kutipan yuran dan dana.

Baca : Segalanya Tentang Sistem Kutipan Yuran di Malaysia (2023)

1. Dana Tambahan dari Kutipan Add-On Donation

8 dari 10 sekolah yang menggunakan fungsi ini menerima di antara RM500 – RM3,000 tips tambahan dalam sekali kutipan yuran atau dana.

Amaun dana tambahan ini boleh menurun dan meningkat bergantung kepada kekerapan sekolah mempromosikan kutipan yuran mereka kepada ibu bapa/waris.

Dari sudut lain, ibu bapa yang berkemampuan sudah tentu ingin membuat kebaikan dengan memberikan tambahan RM10 – RM50 kepada sekolah anak-anak mereka.

Contoh : Kajian Kes Sekolah Setiabudi, IIUM Gombak

Dan fungsi ini, membantu ibu bapa/waris membuat kebaikan dengan cara bersedekah kepada sekolah.

2. Sekolah Boleh Jalankan Program & Aktiviti Tanpa Isu Kewangan

Masalah terbesar kenapa kebanyakan sekolah tidak mampu jalankan program & aktiviti adalah kerana kekurangan dana PIBG.

Tidak sedikit guru yang berkorban dengan menggunakan wang mereka untuk melihat anak bangsa menjadi lebih baik dan pandai menerusi program & aktiviti yang dirancang sekolah seperti :

  • Kem jati diri / kem fardhu ain
  • Aktiviti lawatan sambil belajar
  • Pertandingan sukan di antara kelab/kelas
  • Bengkel Sains / Matematik / Bahasa Inggeris

Contoh : Kajian Kes MRSM Sungai Besar, Selangor

Dengan fungsi ini, guru boleh jalankan program dan aktiviti dengan tenang dan lebih fokus kerana tidak perlu fikir untuk cari dana tambahan kerana PIBG mempunyai dana tambahan hasil dari sumbangan ibu bapa/waris menerusi “Add-On Donation”.

Baca : 4 Cara Mengumpul Dana Untuk Sekolah Yang Proven (Kajian Kes SJKC)

3. Dana Kecemasan Sekolah Seperti Kemalangan, Kematian & Bencana Alam

Malang tidak berbau, dan itulah peribahasa yang paling tepat untuk hari-hari derita yang mungkin menimpa guru-guru, murid bahkan juga sekolah.

Contoh : Kajian Kes Sekolah Al-Amin, BangiĀ 

Dengan fungsi “Add-On Donation”, sekolah mempunyai dana khas yang boleh dijadikan dana kecemasan sekiranya berlaku kemalangan pada murid atau guru, kematian dan juga sebagai dana kecemasan untuk membaik pulih infrastruktur sekolah sekiranya berlaku bencana alam seperti :

  • Ribut yang merosakkan bumbung sekolah
  • Tanah runtuh yang memusnahkan landskap sekolah
  • Serangan haiwan liar yang memusnahkan pagar sekolah
  • Banjir yang merosakkan perabot dan alat eletronik sekolah

Baca : Cara Membuat Kutipan Yuran & Sumbangan 200% Lebih Tinggi

 

“Sekolah di bandar boleh menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman SEA sebagai contoh apabila PIBG sekolah berkenaan menganjurkan Hari Keluarga dan Jogathan bagi mengumpul dana.”

 

Sebagai penutup, pentadbir sekolah perlu ubah cara fikir daripada melihat “apa yang mereka rugi” kepada “apa yang mereka untung”.

pertandingan sekolah rendah

Lebih dari 200+ sekolah yang menggunakan Herepay dah terima sumbangan tambahan dari ibu bapa dalam setiap kutipan mereka.

Anda boleh guna fungsi ini percuma dalam sistem Herepay tanpa perlu sebarang bayaran setup dan bayaran langganan bulanan.

daftar herepay

Post navigation

Ayat Mohon Sumbangan di WhatsApp Dan Telegram (TERKINI)

9/10 Ibu Bapa Terlepas Pelepasan Cukai RM3,000 Dari Yuran PIBG

3 Teknik Untuk PIBG Urus Yuran Maksimum 2 Jam Sehari (Terkini)

Sistem ‘Reminder’ Untuk Bayar Yuran? Ini Solusi Untuk Guru