pelepasan cukai

9/10 Ibu Bapa Terlepas Pelepasan Cukai RM3,000 Dari Yuran PIBG

Tahukah anda, ramai ibu bapa yang rugi sehingga RM3,000 pelepasan cukai disebabkan sistem kutipan yuran yang tidak efektif.

Tidak sedikit ibu bapa yang terlepas peluang untuk tuntut pengurangan cukai pendapatan disebabkan ketiadaan rekod invois dari pusat jagaan anak.

Sejauh manakah kebenaran ini tepat? Jom baca artikel ini sampai habis.

Untuk pengetahuan anda, ramai ibu bapa yang hantar anak mereka ke taska yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM).

Berdasarkan info dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pelepasan cukai untuk yuran taman asuhan kanak-kanak atau tadika berdaftar adalah sebanyak RM3,000 untuk anak yang berumur 6 tahun ke bawah!

Apa yang lebih menarik, tuntutan ini boleh dibuat samada oleh isteri atau suami.

pelepasan cukai anak lhdn 2022

Anda boleh rujuk info lanjut di sini.

Malangnya, ramai yang tidak buat tuntutan pengurangan cukai ini kerana :

  1. Tiada dokumen sokongan yang lengkap
  2. Dokumen yang disimpan tidak berpusat dan gagal ditemui

Isu ini diburukkan lagi apabila sebahagian besar taska berdaftar banyak buat kutipan yuran secara manual.

“Tiada invois yang lengkap, tiada resit yang dihantar semula pada ibu bapa.”

Anda boleh semak bagaimana Sekolah Setiabudi, IIUM beri invois secara berjadual dan resit bagi memudahkan urusan kutipa yuran sekolah dan ibu bapa.

Yang paling gembira tentunya ibu bapa, kerana mereka ada resit rasmi yang dihantar secara online menerusi email dalam bentuk PDF oleh sekolah sebagai dokumen pengurangan cukai individu.

Sistem kutipan yuran yang betul akan bantu kurangkan tugas guru kerana mereka tidak lagi dikejar ibu bapa di hujung tahun untuk minta resit bayaran yuran untuk pengurangan cukai.

Tanpa sistem kutipan yuran yang betul, selagi itulah pentadbir sekolah dan guru-guru yang mengutip yuran akan terus terbeban dengan tugas yang tidak produktif dan menyesakkan dada.

daftar herepay

Post navigation

Ayat Mohon Sumbangan di WhatsApp Dan Telegram (TERKINI)

Ini Cara Sekolah Terima Sumbangan Extra Dari Ibu Bapa

3 Teknik Untuk PIBG Urus Yuran Maksimum 2 Jam Sehari (Terkini)

Sistem ‘Reminder’ Untuk Bayar Yuran? Ini Solusi Untuk Guru