cara tulis resit bayaran

5 Cara Tulis Resit Bayaran Untuk Pelanggan (LENGKAP)

Ramai yang kurang pasti cara tulis resit bayaran dengan lengkap. Kesalahan atau kekurangan maklumat pada resit biasanya akan mengundang pelbagai masalah termasuk masalah ketika audit kelak.

Berikut adalah perkongsian ringkas mengenai resit bayaran dan cara menulis resit tersebut.

Apa Itu Resit Bayaran?

Resit secara mudah adalah dokumen yang menyatakan perincian ringkas sesuatu barang atau perkhidmatan berharga telah diterima. Dokumen ini mempunyai nilai pada undang-undang komersial.

Ia dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli atau penerima membuat pembayaran sebagai sebuah bukti transaksi telah dilakukan.

Dokumen resit ini mengandungi perincian pembeli dan komoditi seperti kuantiti, harga, cukai, potongan harga, cara dan tarikh pembayaran, jumlah pembayaran, nombor resit dan tandatangan penjual atau ejennya.

Kenapa Resit Bayaran Penting?

 

1. Bukti Pembelian Produk/Servis

Resit menjadi bukti penting sesuatu urusniaga jual beli. Ia perlu disimpan dan boleh digunakan sebagai rujukan ketika audit atau bukti transaksi.

2. Rekod Transaksi Duit Masuk Organisasi

Sebagai sebuah dokumen, resit juga boleh digunakan ketika semak silang (cross check) dengan rekod transaksi duit yang masuk ke akaun organisasi.

3. Dokumen Semakan Prestasi Kewangan

Duit yang diterima pastinya akan dikeluarkan resit kepada pelanggan. Secara tidak langsung, resit menjadi dokumen semakan prestasi kewangan organisasi.

4. Dokumen Audit Stok Produk

Pada sesebuah resit, akan tertulis lengkap nama dan unit produk yang telah dibeli pelanggan. Jadi ia juga boleh digunakan sebagai rujuk silang ketika audit stok.

 

tulis resit bayaran

 

Cara Lengkap Tulis Resit Bayaran Untuk Pelanggan

 

  1. Tulis Nama Pembayar
  2. Tulis Tarikh Transaksi
  3. Tulis Jenis Produk/Servis yang Dibeli
  4. Tulis Harga Asal Produk/Servis
  5. Masukkan Diskaun (jika ada)
  6. Tulis Jumlah Harga Dibayar Pembeli
  7. Tandatangan Resit Bayaran Untuk Pengesahan

 

Cara Keluarkan Semula Resit Automatik Dengan Herepay

Dengan Herepay anda boleh jimatkan tenaga dan masa dengan mengeluarkan resit secara automatik.

Klik gambar berikut untuk mengetahui cara untuk mencari semula resit yang dikeluarkan kepada pelanggan.

 

Daftar Herepay!

Herepay menawarkan solusi buat para guru dan admin kewangan yang mahu menguruskan rekod transaksi dengan bijak.

Selain hanya 5 minit bina borang bayar, masa dan tenaga juga terjimat dengan resit automatik yang dikeluarkan oleh Herepay.

Klik gambar di bawah dan mula keluarkan resit secara automatik!

 

Post navigation

Ayat Mohon Sumbangan di WhatsApp Dan Telegram (TERKINI)

Ini Cara Sekolah Terima Sumbangan Extra Dari Ibu Bapa

9/10 Ibu Bapa Terlepas Pelepasan Cukai RM3,000 Dari Yuran PIBG

3 Teknik Untuk PIBG Urus Yuran Maksimum 2 Jam Sehari (Terkini)