Ramai cikgu dan admin kewangan tercari-cari apakah sistem kutipan yuran yang terbaik untuk PIBG & organisasi mereka.
Oleh sebab mereka masih ragu-ragu dengan sesebuah sistem, mereka sanggup melakukan kerja renyah dan manual dalam menguruskan yuran.
“Rupa-rupanya, masih ramai cikgu yang bekerja 6 hari seminggu. Mereka datang ke sekolah pada hari Sabtu untuk uruskan kerja-kerja admin yang tidak produktif.”
Teruskan pembacaan untuk mengetahui apa itu sistem kutipan yuran dan dana serta kelebihan apabila kita mula menggunakan sistem untuk menggantikan kutipan secara manual.
Apa Itu Sistem Kutipan Yuran?
Ia sebuah sistem yang dibina bagi memudahkah kerja-kerja kutipan dan rekod yuran. Ia sesuai digunakan oleh para guru di tadika, sekolah-sekolah, persatuan PIBG dan juga kelas dan pusat tuisyen.
Sistem yang bagus akan membantu menjimat masa dan tenaga dari segi rekod transaksi, prestasi pembayar dan juga rekod penyimpanan.
Apa Itu Sistem Kutipan Dana?
Hampir sama dengan sistem yuran namun berbeza kerana kutipan dana menerima amoun terbuka daripada pembayar dan penerimaannnya tidak berkala.
Sistem Kutipan Dana yang canggih tidak menimbulkan sebarang masalah dari sudut rekod transaksi dan membantu organisasi melancarkan beberapa tabung dana serentak tanpa timbulnya kekeliruan.
Kenapa Perlu Guna Sistem Kutipan Yuran & Dana?
1. Terima Bayaran Secara Online
Pembayar dapat melunaskan yuran atau memberi dana bila-bila masa dengan bantuan online.
2. 100% Selamat Berbanding Bayaran Tunai
Bendehari atau pemegang amanah tidak perlu memegang wang tunai yang banyak atau selalu ke Cash Deposit Machine untuk tujuan penyimpanan.
3. Cipta Automatik Invois Pada Ibu Bapa.
Yuran atau dana akan diberikan invois / resit secara automatik sebaik pembayaran dilakukan.
4. Kurangkan Tugas Guru & Admin Kutipan Yuran
Masa dan tenaga guru atau admin dapat dijimatkan dan mereka dapat fokus sebaiknya pada tugasan hakiki mereka.
5. Sistem Untuk Pantau Semua Kutipan
Dengan adanya sebuah sistem, setiap yuran dan dana yang diterima boleh dipantau dengan mudah oleh guru yang bertugas atau admin kewangan.
6. Semakan Prestasi Kutipan Secara Real-Time
Guru atau admin kewangan juga boleh membuat semakan prestasi pembayaran pembayar yuran sama ada kerap membayar tepat pada masa atau tidak.
Sistem Kutipan Yuran & Dana Terbaik di Malaysia
Herepay : Sistem Kutipan Yuran & Dana
1. Kurangkan Tugas Kutipan Guru & Admin
Guru dan admin tak perlu lagi mengutip dan menyejar yuran secara manual yang sememangnya leceh & renyah
2. Dipercayai 300+ Organisasi di Malaysia
Pengguna Herepay kini berada di seluruh daerah di 14 buah negeri di Malaysia. Herepay membantu memproses jutaan ringgit wang kutipan dan derma dari kutipan satu digit hingga ke 7 digit setiap hari.
3. Sokongan Payment Gateway
Herepay menawarkan gerbang pembayaran yang cepat dan selamat seperti Billplz, FPX dan Stripe.
4. Proses Kutipan 3x Ganda Lebih Laju
Ibu bapa/pelajar hanya perlu isi maklumat dan dapat bayar secara online pada bila-bila masa. Kemudahan seperti ini membolehkan proses kutipan menjadi laju.
5. Database Disimpan Pada 1 Tempat
Semua database pelajar & penyumbang disimpan dalam sistem Herepay. Ia mudah diakses oleh guru atau admin kewangan.
Daftar Herepay Di Sini
Herepay menawarkan solusi buat para guru dan admin kewangan yang mahu menguruskan rekod transaksi tanpa kekeliruan.
Selain mudah untuk setup, masa dan tenaga juga terjimat dengan resit automatik yang dikeluarkan oleh Herepay.
Klik gambar di bawah dan mula menggunakan sistem untuk mengutip yuran dan dana anda.