Psikologi manusia seperti yang kita ketahui mudah lupa. Lebih-lebih lagi jika tidak diingatkan atau diberi peringatan yang jelas tentang satu konteks.
Dalam konteks bayaran yuran, syarat untuk beri peringatan yurang yang lengkap, perlu ada 3 elemen ini iaitu :
- Subjek
- Amaun bayaran
- Tarikh akhir pembayaran
Sebenarnya, guru yang mengutip yuran boleh kurangkan kerja-kerja manual yang renyah dan leceh seperti memberi peringatan pada ibu bapa tentang bayaran yuran.
Masalah Dalam Kutipan Yuran PIBG
Hasil kajian tim Herepay terhadap masalah dalam kutipan yuran PIBG adalah, wujud 3 masalah utama iaitu :
- Ibu bapa kerap terlepas tarikh akhir bayaran yuran sekolah
- Guru buang masa kerana perlu beri peringatan berulang kali
- Guru burnt out dan ingin bersara awal kerana tidak boleh fokus mengajar
Baca : Cara Membuat Kutipan Yuran & Sumbangan 200% Lebih Tinggi
Solusi ‘Reminder Untuk Bayaran Yuran Sekolah
Berikut adalah solusi dalam bentuk peringatan (reminder) untuk selesaikan masalah kutipan yuran sekolah :
- Susun dan simpan database pelajar dalam satu sistem
- Perlu wujudkan laporan kewangan dan laporan kutipan yuran
- Resit online supaya ibu bapa boleh gunakannya sebagai dokumen pelepasan cukai
“93% rakyat Malaysia menggunakan pembayaran online untuk buat pelbagai bayaran harian dan komitmen bulanan.”
Kaedah pembayaran online ini juga sebenarnya boleh diperluas lagi dengan menggunakan kaedah ini supaya ibu bapa boleh buat bayaran dan sekolah boleh terima bayaran.
Bayangkan, sekolah boleh terima ribuan ringgit yuran PIBG dalam masa 24 jam, tanpa guru-guru perlu pegang tunai yang diberikan ibu bapa menerusi anak mereka.
Soalnya, wujudkah sistem peringatan pembayaran secara automatik untuk kutipan yuran?
Jawapannya, ya.
Buat pengetahuan anda, Herepay Pro mempunyai sistem pengurusan bayaran yang holistik merangkumi :
- Auto-Invois
- Borang Bayaran Online
- WhatsApp Blasting ke Database Sekolah
- Peringatan Pembayaran Mengikut Tarikh
- Laporan Kewangan & Laporan Kutipan Yuran
Baca : Segalanya Tentang Sistem Kutipan Yuran di Malaysia (2023)
Kesemua fungsi yang dinyatakan di atas adalah fungsi paling kritikal yang diperlukan guru untuk melancarkan lagi proses pengurusan kutipan yuran mereka.
Pentadbir sekolah perlu ambil langkah proaktif dengan gunakan sistem kutipan yuran yang betul sebelum lebih ramai guru yang burnt out.
Ambil sedikit masa untuk didik ibu bapa supaya buat bayaran yuran secara online menggunakan sistem kutipan yuran Herepay.
Fokus pada teknik & strategi untuk meningkatkan produktiviti, supaya guru boleh fokus pada pengajaran dan sekolah mampu capai kutipan sasaran, tepat pada masanya.