Tidak ramai yang tahu cara membuat kutipan yuran atau dana yang tepat, lalu merasakan proses ini amat leceh.
“Ada admin dan guru yang merasakan kutip yuran dan urus yuran guna resit dan WhatsApp Group adalah cara kerja sebenar.”
Kebergantungan kepada cara manual dari sudut rekod dan pengeluaran resit menambahburukkan lagi proses ini.
Teruskan pembacaan bagi mengetahui cara untuk menaikkan keberkesanan dalam mengutip yuran.
Apa Itu Kutipan Yuran & Sumbangan?
Ia adalah sebuah proses pencarian dana sesebauh organisasi untuk meneruskan usaha atau mencapai sasaran mereka.
Merujuk kepada PRPM yuran bermaksud wang yg dibayar tiap-tiap bulan atau pd waktu-waktu yg ditetapkan (kpd persatuan, kesatuan, sekolah, dll)
Merujuk portal yang sama, sumbangan bermaksud apa-apa yg diberikan sbg bantuan atau sbg sokongan atau pertolongan. Untuk konteks artikel ini, ia lebih kepada sokongna kewangan.
Kenapa Buat Kutipan Yuran & Sumbangan?
Usaha kutipan ini dilakukan kerana kebanyakan organisasi yang bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk terus beroperasi
Untuk organisasi di sekolah, persatuan atau kelas tuisyen, sumbangan tersebut adalah dalam bentuk komitmen berkala yang dipanggil yuran.
Masalah Dalam Kutipan Yuran & Sumbangan
1. Proses Kutipan Manual
Pembayaran secara tunai dan manual menggunakan tenaga, fokus dan masa yang banyak untuk menguruskannya
2. Sistem Sedia Ada Leceh
Kebanyakan sistem yang ada menyebabkan pengguna mengambil masa yang panjang untuk membentuk borang kutipan.
3. Susah Semak Pembayar & Amaun
Pembayaran secara manual menyukarkan guru dan admin kewangan untuk menyemak silang sebelum dapat mengeluarkan resit.
4. Salah Kira Jumlah Kutipan.
Selalu terjadi pengiraan yang salah ketika di akhir kempen. Jumlah yang kurang biasanya akan menyebabkan pengiraan semula dan memakan masa mencari punca kurang.
5. Kena Buat Invois & Resit Berulang.
Kutipan yuran terpaksa mengulang proses setiap bulan. Ini memakan masa dan melecehkan.
Cara Membuat Kutipan 200% Lebih Tinggi
1. Guna Sistem Kutipan Herepay
Herepay adalah sistem kutipan yuran dan derma yang mudah namun berkesan mengurangkan tugas pendidik dalam menguruskan perihal yuran.
Secara tidak langsung, mereka akan lebih produktif dalam melaksanakan tugas mengajar dan mendidik anak-anak.
2. Guna Fungsi Auto-Invois di Herepay
Auto-invois ini boleh ditetapkan berdasarkan tarikh yang dikehendaki atau tempoh berkala.
3. Guna Fungsi Recurring Payment di Herepay
Pembayaran berulang seperti yuran dipendekkan proses dengan hanya menggunakan link yang sama.
4. Follow-Up Database Di Email & WhatsApp
Kesemua data pembayar dari mana-mana tabung sumbangan mahupun persatuan dapat dikumpulkan dalam satu database dan boleh dirujuk semula melalui emel dan Whatsapp
5. Tunjuk Jumlah Kutipan Secara Real-Time
Kutipan akan disalurkan pada tabung dalam masa 24 jam dan jumlah yang dikutip tertera di dashboard app secara real time.
Daftar Herepay Di Sini
Herepay menawarkan solusi buat para guru dan admin kewangan yang mahu menguruskan rekod transaksi tanpa kekeliruan.
Selain mudah untuk setup, masa dan tenaga juga terjimat dengan resit automatik yang dikeluarkan oleh Herepay.
Klik gambar di bawah dan menaikkan keberkesanan dalam mengutip yuran dan sumbangan.