Pernahkah anda terfikir, apakah cara mengumpul dana untuk sekolah yang paling kondusif untuk guru dan efisien dalam soal proses kutipan yuran dan pengurusan yuran?
“Tahukah anda, 35.7% dari 100 sekolah di Malaysia mengambil masa 90 hari untuk kutip yuran PIBG yang berjumlah RM50.”
Baru-baru ini, tular di sosial media tentang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) yang berjaya kumpul dana lebih 7 angka.
@najib.arvia Rahsia SJKC kumpul DANA berjuta2 ringgit ! #sjkc #danasekolah
Pengalaman keluarga penulis yang pernah bersekolah di SJKC Chung Hwa (P) Kuala Lumpur juga tidak mengejutkan kerana kantung PIBG sekolah itu mempunyai sekitar RM600,000 pada tahun 2004-2005.
Satu benda yang boleh dipelajari dari cara mengumpul dana untuk sekolah dari SJKC adalah, mereka mempunyai struktur pengagihan tugas dan penggunaan infrastruktur yang melajukan kutipan dana untuk sekolah.
Dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan struktur SJKC kumpul dana sekolah dan 3 cara sekolah anda boleh guna untuk tambah dana sekolah.
Fundamental Dalam Mengumpul Dana Untuk Sekolah
Sebagai pemula, anda perlu berdamai yang asas kepada aktiviti mengumpul dana untuk sekolah adalah untuk mencapai satu matlamat iaitu ; meningkatkan kualiti sekolah.
Dalam masa yang sama, matlamat-matlamat lain seperti di bawah juga dapat dicapai dengan harmoni :
- Dana untuk pendidikan & pembangunan sahsiah semua pelajar
- Jaga kebajikan guru-guru supaya boleh fokus dalam pengajaran
- Tidak menunggu & mengharapkan inisiatif kerajaan semata-mata
Selepas itu, barulah anda boleh ke fasa yang lebih kritikal iaitu struktur dan cara mengumpul dana untuk sekolah dari SJKC.
Baca : 5 Contoh Surat Sumbangan Dana Sekolah,Tahfiz Dan Yayasan (2023)
Struktur Dalam Mengumpul Dana Untuk Sekolah Dari SJKC
Untuk info, ada 3 pihak yang terlibat dalam struktur kutipan dana yang diguna pakai SJKC. Pihak tersebut adalah :
- PIBG
- Alumni
- Lembaga
Fungsi dan struktur setiap pihak dalam mengumpul dana untuk sekolah adalah :
- PIBG – Dapatkan kutipan dana dari ibu bapa
- Alumni – Dapatkan bantuan untuk program sekolah & komuniti
- Lembaga – Cari dana awam untuk pembangunan harta benda sekolah
Ketiga-tiga pihak ini berkongsi matlamat yang sama iaitu :
- Kumpul dana untuk pembangunan infrastruktur sekolah
- Buat program & aktiviti untuk pembangunan dan pendidikan pelajar
Cara Mengumpul Dana Untuk Sekolah Anda Boleh Tiruvasi
Dalam aktiviti mengumpul dana untuk sekolah, adalah keterlaluan jika kita meletakkan sandaran 100% kepada PIBG sahaja.
Bertahun lamanya, SJKC tidak lagi bergantung 100% kepada PIBG secara cara mengutip dana untuk sekolah yang tunggal. Mereka pelbagaikan cara supaya lebih banyak dana sekolah dapat dikumpul.
Sewajarnya, setiap pihak bersama-sama berganding bahu dengan cara kumpul dana yang berbeza agar objektif dan matlamat asal dapat dicapai secepat mungkin.
1. Sewa Infrastruktur Sekolah
Jika sekolah anda mempunyai infrastruktur yang boleh disewakan kepada orang awam seperti dewan, padang, gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang dan set PA sistem, anda boleh sewakannya.
Majoriti orang awam sebenarnya terbuka untuk menyewa infrastruktur sekolah jika harga yang dikenakan berbaloi dan munasabah.
2. Buat Program Amal
Antara program yang dijalankan oleh SJKC adalah program amal seperti pertandingan boling, pertandingan mewarna, pertandingan sukan dan juga program akademik untuk pembangunan kurikulum dan akademik pelajar.
Antara program amal yang anda boleh buat adalah program Smart Solat, bengkel badan beruniform dan sebagainya.
3. Buat Kutipan Amal / Dana Kilat
Seperti yang kita sedia maklum, setiap barang elektronik dan infrastruktur mempunyai jangka hayat yang tersendiri. Jika barang eletronik dan infrastruktur sekolah sudah lusuh dan uzur, lancarkan kutipan amal dan dana kilat secepat mungkin.
Antara kutipan amal / dana kilat anda boleh cuba adalah untuk menggantikan penghawa dingin, bumbung sekolah, tandas dan sebagainya.
4. Aktiviti Bersama Komuniti
Dalam konteks aktiviti komuniti, alumni sekolah perlu berganding bahu dengan sekolah untuk menjayakan program yang memberi kesedaran dan pengalaman kepada pelajar, di samping memberi manfaat kepada masyarakat dan komuniti.
Antara aktiviti bersama komuniti adalah lawatan sambil belajar ke syarikat tempatan, program hari keluarga dan sebagainya.
Cara Fikir Yang Betul Dalam Mengumpul Dana Untuk Sekolah
Dalam proses mengumpul dana untuk sekolah, Bendahari PIBG dan guru perlu ada cara fikir yang betul. Cara fikir ini akan pastikan semua pihak berkongsi matlamat yang sama dan beri faedah kepada semua orang.
- Dapat kutip dana dengan laju – PIBG
- Kurangkan tugas pengurusan yang leceh & manual – Guru
- Dapat dokumen penting untuk pengecualian cukai – Ibu Bapa
- Dapat kesedaran, pengalaman dan ilmu baru dari program – Pelajar
Baca : Cara Membuat Kutipan Yuran & Sumbangan 200% Lebih Tinggi
Infrastruktur Mengumpul Dana Untuk Sekolah
Semua tips & strategi di atas tidak berguna jika anda masih lagi menggunakan cara kutip dana untuk sekolah secara manual.
“Tahukah anda, 8 dari 10 guru di Malaysia berdepan dengan stress melampau kerana perlu buat kerja pengurusan yang renyah, leceh dan berulang.”
Dalam proses mengumpul dana untuk sekolah, pastikan anda sediakan 5 fungsi ini :
- Borang Bayaran Online – Terima dana secara online 100%
- Online Resit – Ibu bapa terima resit secara online bila pembayaran berjaya
- Sistem Analisis 24 Jam – Boleh semak trend & prestasi kutipan secara ‘real-time’
- Add-On Donation – PIBG boleh terima ‘tips’ dari ibu bapa/waris yang bayar yuran/dana
- Sistem Database – Guru boleh lihat detail pelajar, ibu bapa & penyumbang secara ‘real-time’
Ini contoh borang bayaran online yang digunakan MRSM Batu Pahat untuk kutip dana.
Setakat hari ini, lebih dari 300+ sekolah telah menggunakan Herepay sebagai sistem kutipan yuran dan pengurusan yuran untuk PIBG mereka.
Semua fungsi di atas terdapat pada Herepay dan tiada kos pendaftaran, kos setup dan kos langganan bulanan.
Anda bebas menggunakan Herepay untuk kutip yuran PIBG, kutip dana kilat atau buat program & aktiviti dan Herepay percuma untuk seumur hidup.
Herepay dibina oleh golongan pendidik dan anak pendidik yang empati dengan masalah yang dihadapi golongan pendidik seperti anda.
Baca : Sistem Kutipan Yuran dan Dana Terbaik di Malaysia (2023)
Suka atau tidak, cara kumpul dana yang manual, leceh dan renyah hanya akan mengurangkan produktiviti anda dalam mengajar.
Anda boleh sewa infrastruktur sekolah, kutip yuran PIBG dan kumpul dana dari alumni secara serentak menggunakan Herepay.
Setiap pengguna Herepay bebas cipta sebanyak mungkin borang bayaran online dan setiap borang bayaran online boleh ditetapkan untuk akaun bank yang berbeza.
Contohnya :
- Kutipan yuran PIBG – Akaun CIMB
- Sewaan infrastruktur – Akaun Maybank
- Kutipan program alumni – Akaun BANK ISLAM
Kesimpulan
Berpuluh tahun lamanya, SJKC dah tahu tips, strategi dan cara mengumpul dana untuk sekolah yang kondusif dan efisien.
Sekolah harian kerajaan seperti SK & SMK masih lagi di takuk lama ; harapkan yuran PIBG 100%.
YDP PIBG dan Bendahari PIBG perlu ada struktur & sistem kumpul dana yang lebih sistematik dan produktif.
Dengan infrastruktur dan matlamat yang sama, barulah objektif asal iaitu untuk naikkan kualiti sekolah boleh dicapai.