Pernah terfikir yang surat sumbangan ikhlas memerlukan ayat dan contoh yang tepat? Ini supaya mesejnya sampai dan ibu bapa termotivasi untuk memberi sumbangan.
Ramai mengabaikan ciri-ciri penting dalam surat sumbangan lalu merasakan surat sumbangan ikhlas tidak ubah seperti meminta derma.
“Nak ambil hati orang lain untuk menjadi kekasih hati pun perlukan seni dalam menulis, apatah lagi untuk minta duit sebagai sumbangan ikhlas.”
Jauh sekali, kerana sebagai badan sekolah atau organisasi yang membantu orang ramai sememangnya memerlukan dana dan sumbangan orang awam. Barulah mereka dapat meneruskan misi dan sasaran mereka.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat contoh surat memberi sumbangan ikhlas.
Apa Itu Surat Memberi Sumbangan Ikhlas?
Surat ini adalah surat yang dikeluarkan oleh pihak sekolah atau badan organinasi untuk memohon sumbangan daripada individu atau ibu bapa.
Surat ini dikategorikan sebagai surat hebahan rasmi pihak sekolah dan biasanya akan dikeluarkan apabila pihak sekolah memerlukan dana tambahan untuk menjayakan satu-satu majlis atau projek.
Faedah Buat Surat Memberi Sumbangan Ikhlas
1. Simbol Komunikasi Antara Dua Pihak
Surat ini dikeluarkan sebagai sebuah komunikasi antara pihak sekolah dan pihak ibu bapa.
2. Tanda Persetujuan Pemberian Sumbangan
Kebiasaannya surat memohon sumbangan mempunyai lampiran yang perl diisi oleh ibu bapa yang menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak untuk memberikan sumbangan.
3. Dokumen & Rekod Untuk Penyata Kewangan
Lampiran yang disertakan dalam surat ini dijadikan sebagai bukti transaksi dan digunakan sebagai rekod dalam penyata kewangan sekolah
4. Ringankan Beban Pihak Yang Memerlukan Sumbangan
Sudah tentunya sumbangan yang dipohon akan meringan beban kewangan pihak sekolah yang cuba sedaya upaya menjaya sesebuah program di sekolah. Kejayaan program seperti Hari Sukan atau Hari Kantin secara tidak langsung memberikan pengalaman unik anak-anak bersekolah.
3 Contoh Surat Memberi Sumbangan Ikhlas
Format surat memberi sumbangan ikhlas adalah format surat rasmi, tajuk dan tandatangan. Ia juga memerlukan surat lampiran untuk ibu bapa memberi jawapan kepada sumbangan yang dipinta.
Berikut adalah contoh-contoh surat sumbangan yang boleh anda gunakan.
1. Surat Sumbangan Ikhlas Hari Guru
2. Surat Sumbangan Ikhlas Hari Kantin
3. Surat Sumbangan Ikhlas Lawatan Sambil Belajar
Kutip Sumbangan Ikhlas Secara Online – Herepay
Herepay merupakan sebuah sistem kutipan yang menawarkan solusi buat para guru bijak yang mahu menjayakan kempen kutipan sumbangan tanpa kekeliruan transaksi dan kerja-kerja manual.
Selain mudah untuk setup, masa dan tenaga juga terjimat dengan resit automatik yang dikeluarkan oleh Herepay.
Klik gambar di bawah dan mula mengutip sumbangan sekolah anda!