cara kutip dana wakaf

Cara Kutip Dana Wakaf Program & Masjid (Panduan Lengkap)

Ramai ingin mengumpulkan dana wakaf namun tidak ramai tahu cara kutip dana wakaf yang sistematik dan meluas. Mereka hanya mengharapkan pengunjung-pengunjung di masjid dan surau sahaja untuk mendapatkan dana.

Secara tidak langsung, sasaran dana sukar dicapai dan segala manfaat daripada dana wakaf berkenaan menjadi lambat.

Teruskan pembacaan mengenai dana wakaf dan cara kutip dana wakaf yang terbaik.

Apa Itu Dana Wakaf?

Wakaf merupakan sebuah ibadah berbentuk serahan harta yang dimiliki seseorang untuk kegunaan umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Secara mudah, harta yang diwakafkan tidak lagi menjadi milik pewakaf namun tertahan atas hukum dan menjadi milik Allah SWT disamping manfaatnya diagihkan untuk kebajikan sesuai dengan tujuan wakaf.

cara kutip dana wakaf

Beza Wakaf & Sedekah

Sedekah bermaksud pemberian yang padanya dengan niat mencari pahala daripada Allah Taala.

Ibn Manzur memberikan definisi sedekah sebagai apa yang seseorang berikan kerana Allah kepada golongan fakir, yakni yang memerlukan. Sedekah merangkumi maksud zakat wajib, dan sedekah sunat.

Waqaf pula dari sudut bahasa membawa maksud menahan sesuatu.

Pewakaf akan hilang pemilikan hartanya seperti sedekah namun harta tersebut termauk keuntungan yang diperoleh sepanjang ia diuruskan oleh pengurus wakaf.

Pahala orang yang berwaqaf ini akan berkekalan selagi mana harta waqaf itu masih wujud walaupun selepas kematian pewaqaf. Waqaf juga disebut sebagai sedekah jariah.

Maksud Dana Wakaf Menurut Islam

Wakaf berasal daripada perkataan Arab iaitu “waqf” yang merujuk kepada sesuatu pemberian untuk tujuan keagamaan, kekeluargaan, kebajikan dan lain-lain.

Mengikut laman web rasmi Yayasan Waqaf Malaysia, pengertian wakaf dari segi Bahasa ialah berhenti, menahan dan menghalang.

Wakaf dari segi syarak pula adalah :

“Apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf dengan Allah S.W.T”

Apa Hukum Kutip Dana Wakaf?

Hukum asal samsarah atau komisen jualan adalah diharuskan seperti pendapat Imam Atha’ Ibrahim al-Nakhaie dan selainnya.

Ini diqiaskan kepada amil zakat mengikut sebahagian pandangan ulama.

Namun, pengambilam ini harus mempunyai garis panduan khusus akan berapa banyak komisen yang akan diambil sebelum dirujuk kepada pihak berkuasa agama masing-masing dan juga wajib dinyatakan berapa banyak diambil kepada penyumbang.

dana wakaf

Jenis Harta Yang Boleh Diwakafkan

Mengikut senarai yang disediakan Yayasan Wakaf Malaysia, harta yang boleh diwakafkan adalah:

  • Yang boleh ditentukan atau jelas (ta’yin);
  • Ada nilai mengikut hukum syarak dan boleh diambil manfaatnya seperti tanah, bangunan, saham dan lain-lain;
  • Boleh dipindah milik dan bukan harta yang ditahan seperti harta orang muflis atau harta anak yatim;
  • Manfaat daripada harta kekal (masa yang lama)
  • Milik sempurna pewakaf dan bukan harta orang lain seperti harta yang terlibat dengan pinjaman, sewa atau sebagainya.

Semua ini merangkumi harta-harta seperti tanah, rumah, wang tunai, pendidikan, pertanian, intelek dan manfaat.

Bentuk Dana dan Harta Wakaf di Malaysia

  1. Saham
  2. Masjid
  3. Wang tunai
  4. Tanah terbiar
  5. Tanah perkuburan
  6. Hasil Sewaaan Bangunan
  7. Hasil sewaan kenderaan
  8. Surau, sekolah & pondok pendidikan
  9. Ladang pertanian, kebun, dusun & bendang
harta wakaf dan dana wakaf

Cara Kutip Dana Wakaf Untuk Program & Masjid

  1. Buat Permohonan Rasmi Kutipan Wakaf Khas
  2. Sediakan Kertas Kerja Yang Lengkap
  3. Kebenaran dari pihak JAI Negeri & PBT
  4. Namakan 5 Invidiu Sebagai Ejen Kutipan

Kutip Wakaf Secara Online Di Sini

Herepay menawarkan solusi buat para pengutip dana wakaf dan admin kewangan yang bijak mahu menguruskan rekod transaksi tanpa kekeliruan.

Selain mudah untuk setup, masa dan tenaga juga terjimat dengan resit automatik yang dikeluarkan oleh Herepay.

Klik gambar di bawah dan mula melancarkan kutipan dana wakaf anda.

sistem kutipan yuran
 

Post navigation

Ayat Mohon Sumbangan di WhatsApp Dan Telegram (TERKINI)

4 Cara Mengumpul Dana Untuk Sekolah Yang Proven (Kajian Kes SJKC)

3 Contoh Surat Memberi Sumbangan Ikhlas (Edisi 2023)

5 Contoh Surat Sumbangan Dana Sekolah,Tahfiz Dan Yayasan (2023)